The Best Week For SEPAH !!!

3 04 2009

Semalam aku xbleh tido awal…so bukak TV tgk astro prima ada raja lawak 3 ulangan…apapun SEPAH memang best…aku rasa banyak2 minggu diorg ni buat lawak minggu ke 7 paling best…serius best..kat bwh ni ada review dia balik..gelak nak pecah perut

p/s : Im sooorryyyyy





Perkahwinan Dan Pembaziran….Lu pikir la sendiri !!!

3 04 2009

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat pembaziran dalam perkahwinan di kalangan orang Islam. Hantaran perkahwinan melampau yang berleluasa sekarang ini sebenarnya merupakan satu bentuk budaya bermegah, membazir yang sebenarnya tidak dituntut oleh agama mahupun budaya yang sihat. Iklan Hantaran perkahwinan yang tinggi ini juga turut menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu khususnya lebih gemar kepada budaya pembaziran, dan budaya kemegahan sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan.

sarung-cincin-1

Perkahwinan itu sememangnya sesuatu yang baik malah kita sewajarnya turut berdoa agar pasangan yang mendirikan masjid ini akan berkekalan jodohnya sehingga ke akhir hayat tetapi apabila dalam waktu yang sama kita melihat bagaimana masyarakat kini lebih mengutamakan hantaran daripada mahar, lebih-lebih lagi hantaran yang terlalu tinggi maka perkara ini perlu dihentikan dengan segera. Sudah menjadi lumrah manusia yang cenderung kepada kebendaan dan kebiasaan untuk mengumpulkan harta dan memandang sesuatu dari sudut kebendaan, malah ini merupakan fenomena dalam masyarakat moden. Dengan harta yang ada mereka membelanjakannya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat dan membazir sifatnya. Gejala ini telah menjangkiti semua lapisan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Bersikap sederhanalah dalam semua aspek kehidupan kita kerana orang yang membelanjakan harta secara berhemat dan sederhana serta tidak menjurus kepada pemborosan dan berlebih-lebihan tentu tidak akan kekurangan.

Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad:

“Tidak akan kekurangan orang yang hidup sederhana,” dan sebuah lagi hadis yang turut diriwayatkan olehnya iaitu “Di antara pemahaman seseorang ialah kesederhanaan dalam hidupnya.” Malah dalam Islam sendiri dilarang berlebih-lebihan dalam membelanjakan harta, “Dan, orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (Al-Furqan: 67).

Sebagai peringatan, lihatlah firman Allah,

“Makan dan minumlah dan janganlah kalian berlebihan-lebihan, kerana sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf: 31).

Sehubungan itu, CAP menggesa seluruh masyarakat mengamalkan hidup sederhana dalam semua aspek kehidupan dan mengelakkan sama sekali gaya hidup boros dan membazir lebih-lebih lagi sehingga membawa kepada belitan hutang. Tindakan menyempurnakan perkahwinan dengan secara sederhana dan mengutamakan perkara yang penting seperti rukun dan syariat adalah satu contoh yang amat terpuji dan perlu dicontohi.

p/s : Petikan dari Harakah Daily.Net





Movie Of The Year

31 03 2009

p/s : Nak mati pun sempat buat hal..hahahaha





Aku Rindu Video Ni…Gaaaabaannn !!!

31 03 2009

p/s : Baca subtitle dia..best glerrr !!





29.5.2009 !!!

20 03 2009

Dua hari lepas tunang aku kater kat aku imam dah sain surat nikah…setuju nikahkan aku hari Jumaat 29.5.2009…maybe siang atau malam..perghh seronok tul aku…ye la nak kawin…sape yang xnak kawin..so barang semua dah ready..tinggal nak beli hantaran jek…ni aku upload gambar emas yang aku beli hari tuh..mahal tuh…bukannye rajin aku nak keluarkan duit secara beramai-ramai ni…sampai naik gaduh aku nak beli menda nih…

dsc00068

dsc000901

dsc00091

dsc00094





Selamat Pengantin Baru Erwanizan & Kamalia…

16 03 2009

Tarikh 15.3.2009 merupakan tarikh keramat bg pasangan Erwanizan & Kamalia kerana mereka telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz…tahniah la wan…lu memang hebat..walaupun tangan dan kaki xbleh nk kontrol atas-atas sebab gugup..ahahahaha…tp memang best…satu pengalaman baru utk aku sbb nnti bulan 5 akan tiba giliran aku pulak…aduuuyaiiii…sempena hari pengantin bagi erwan dan kamalia…aku attach gambar untuk tatapan pengunjung blog….Selamat Pengantin Baru la Brooo…Kata Adik beradik..

make-upmake-up2

sanding